skip to main |
skip to sidebar
Syria Menangis Darah (Part 1) .
.
"Syria dah jadi seperti bandar berhantu" . Rumah, sekolah, hospital banyak yang musnah. Kematian demi kematian tanpa henti
.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah Hospital Rahmah ( hospital sementara di Hama yakni satu satunya Hospital di Hama)
.
Masuk
sahaja ke dalam hospital itu alangkah terkejutnya, bahagian lobby nya
pun sudah dipenuhi darah! Keadaan cemas yang menyayat hati. Tak tahu
macam mana nak gambarkan perasaan itu
.
"Ya Rabb! Ya Rabb! Tiba
tiba terdengar suara seorang wanita menyebut kalimah itu!" Tanpa sedar
kaki ini terus melangkah ke arah suara itu yang membawa diri ini ke
dalam bilik pemedahan. Doktor membenarkan untuk saya masuk ke dalam
.
Perasaan
sangat berdebar ketika itu, melihat seorang wanita menahan kesakitan
kerana tangannya terkena serpihan bom, dan doktor itu menunjukkan x ray
yang telah dilakukan , tulang tangan wanita itu telah berpisah. Dan
mereka tiada ubat bius untuk diberikan kepada wanita itu. Dengan
linangan air mata, dengan menyebut namaMu Ya Rabb, wanita ini bertahan
ketika rawatan di lakukan
.
Hospital mereka seperti pasar ayam,
penuh darah! Bayangkan salah satu bilik saya masuk, lantai , katil
dipenuhi darah. Anggota badan manusia bersepah sepah di lantai, dan
ketika itu saya ambil tisu, bila di buka tisu itu, kelihatan jari
manusia ada pada tisu itu!
.
Ini baru sedikit! Ya baru sedikit kisah saudara kita di sana
.
Cukupkah sekadar, deraian air mata, tangisan kematian, insan teraniaya , lantaran dunia tandus keadilan kezaliman berleluasa
.
Sedang kita masih petah berkata
Itu salah mereka, bukan urusan kita
Tidak pun terlintas ingin turut merawat para hati daudara yang dhoif
Wahai sindurjana terus berleluasa memanah meratah mencalar maruah
.
Ayuh dengan kesedaran mara, pulihkanlah maruah dan sucikannya
Harta doa tenaga senjata utama
.
Salurkan bantuan ke www.tabungsyria.com
.
#PrayforSyria
#Pray4Syria
#PrayforAleppo
#DiariSeorangMujahidahKembaraSyria
0 komentar:
Posting Komentar
Mauu komentar ? silahkan :D
Maaf jika ada penulisan kata yang kurang jelas hihi kadang suka typo
Jika ada kesalahan dalam postingan, silahkan kasih komentar dan saran yah hihi
Terimakasih banyak :)