Syria Menangis Darah

 Syria Menangis Darah (Part 1) .
.
"Syria dah jadi seperti bandar berhantu" . Rumah, sekolah, hospital banyak yang musnah. Kematian demi kematian tanpa henti
.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah Hospital Rahmah ( hospital sementara di Hama yakni satu satunya Hospital di Hama)
.
Masuk sahaja ke dalam hospital itu alangkah terkejutnya, bahagian lobby nya pun sudah dipenuhi darah! Keadaan cemas yang menyayat hati. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan itu
.
"Ya Rabb! Ya Rabb! Tiba tiba terdengar suara seorang wanita menyebut kalimah itu!" Tanpa sedar kaki ini terus melangkah ke arah suara itu yang membawa diri ini ke dalam bilik pemedahan. Doktor membenarkan untuk saya masuk ke dalam
.
Perasaan sangat berdebar ketika itu, melihat seorang wanita menahan kesakitan kerana tangannya terkena serpihan bom, dan doktor itu menunjukkan x ray yang telah dilakukan , tulang tangan wanita itu telah berpisah. Dan mereka tiada ubat bius untuk diberikan kepada wanita itu. Dengan linangan air mata, dengan menyebut namaMu Ya Rabb, wanita ini bertahan ketika rawatan di lakukan
.
Hospital mereka seperti pasar ayam, penuh darah! Bayangkan salah satu bilik saya masuk, lantai , katil dipenuhi darah. Anggota badan manusia bersepah sepah di lantai, dan ketika itu saya ambil tisu, bila di buka tisu itu, kelihatan jari manusia ada pada tisu itu!
.
Ini baru sedikit! Ya baru sedikit kisah saudara kita di sana
.

Cukupkah sekadar, deraian air mata, tangisan kematian, insan teraniaya , lantaran dunia tandus keadilan kezaliman berleluasa
.
Sedang kita masih petah berkata
Itu salah mereka, bukan urusan kita
Tidak pun terlintas ingin turut merawat para hati daudara yang dhoif
Wahai sindurjana terus berleluasa memanah meratah mencalar maruah
.
Ayuh dengan kesedaran mara, pulihkanlah maruah dan sucikannya
Harta doa tenaga senjata utama
.
Salurkan bantuan ke www.tabungsyria.com
.
#PrayforSyria
#Pray4Syria
#PrayforAleppo
#DiariSeorangMujahidahKembaraSyria


0 komentar:

Posting Komentar

Mauu komentar ? silahkan :D
Maaf jika ada penulisan kata yang kurang jelas hihi kadang suka typo
Jika ada kesalahan dalam postingan, silahkan kasih komentar dan saran yah hihi
Terimakasih banyak :)